Anak-anakku

Loading...

Sunday, February 25, 2018

Daging goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN :
500g daging batang pinang (hiris nipis)
sedikit garam kasar + 1 inci kunyit hidup (tumbuk)
4cm halia bentong (halia tua) (hiris batang mancis)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
5 tangkai cili api (hiris serong)
sedikit lada hitam kisar (pilihan)
2 Tbsp sos tiram
sedikit gula
3 Tbsp minyak


CARA-CARA :
Gaul daging bersama garam kunyit. 
Ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan daging dan masak dengan api sederhana sehingga air daging kering.
Tambahkan sos tiram, gula, bawang, halia dan cili.
Kacau rata. Jika suka masukkan sedikit lada hitam.
Setelah bawang layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

***Jika menggunakan daging bahagian lain, rebus dahulu daging sehingga empuk baru digoreng***

Saturday, February 24, 2018

Jus epal oren

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau
1 biji oren (kupas)
500ml air ph alkali

CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Tapis dan sedia dinikmati.

Bubur jagung

 BAHAN-BAHAN :
3 tongkol jagung (sagat nipis)
2 Tbsp sagu mata ikan (kecil)
1 kotak santan KARA
1 liter air tapis
180g gula melaka
1 helai daun pandan (carik, simpul)
sedikit garam


 CARA-CARA :
Rebus jagung bersama air dan daun pandan sehingga jagung lembut.
Masukkan gula melaka, sagu mata ikan dan masak sehingga mendidih.
Kemudian tambahkan santan dan sedikit garam.
Kacau selalu.
Setelah sagu berubah jernih, matikan api dan sedia dinikmati bersama cecahan roti.




Friday, February 23, 2018

Mandai

 
 BAHAN-BAHAN :
Rami dari sebiji cempedak
1/2 cawan garam kasar
secukupnya air


 CARA-CARA :
Ambil rami daripada sebiji cempedak.
Buang kulit pada rami cempedak tersebut dan potong kecil.
Basuhkan rami cempedak yang telah dipotong tadi.
Kemudian gaulkan ia dengan garam.
Biarkan selama satu malam.
Setelah dibiarkan semalaman, basuhkan ia lagi dan dibilas.
Masukkan rami cempedak tersebut ke dalam balang, masukkan air sepenuhnya di dalam bekas tadi. Bubuh setengah cawan garam dan ditutup rapat.
Biarkan selama sebulan atau lebih sebelum dimasak.

***SAYA MENGGUNAKAN RAMI DARIPADA NANGKA. RESEPI INI MERUPAKAN RESEPI ASLI KAUM BANJAR. RESEPI INI SAYA PEROLEHI DARI MAJALAH SAJI KELUARAN SEPTEMBER 1997, COVER ANNE HAMID***

Thursday, February 22, 2018

Laksa goreng

 BAHAN-BAHAN :
550g laksa yang telah direbus
1mangkuk sederhana kangkung
1 biji tomato (belah 6)
10 ekor udang besar
10 biji bebola ikan (belah 2)
1 Tbsp bawang putih cincang
1 tsp cili kisar
1 Tbsp sos tomato
1 Tbsp sos tiram
3 Tbsp kicap manis cap kipas udang
1 Tbsp kicap cair
sedikit kicap pekat
garam/gula jika perlu
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang cincang sehingga wangi.
Masukkan cili kisar.
Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang, bebola ikan dan juga sos-sos.
Biarkan seketika.
Tambahkan kangkung, tomato dan juga laksa.
Gaul sebati dan masak sehingga kangkung lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama cili potong.

Wednesday, February 21, 2018

Sambal telur sotong bersantan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg telur sotong
1 labu bawang besar (hiris)
3 Tbsp pati santan
air asam jawa secukup rasa
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
30 tangkai cili kering (rebus)
1 labu bawang besar saiz besar
2 ulas bawang putih
1/2 tsp belacan

CARA-CARA :
 Panaskan secukupnya minyak untuk menumis di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sedikit gula pada langkah ini.
Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan telur sotong, bawang hiris dan juga air asam jawa.
Gaul rata dan biarkan seketika.
Kemudian tambahkan santan, garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga pecah minyak dan bawang layu.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih @ nasi lemak.


Tuesday, February 20, 2018

Kek flan

BAHAN-BAHAN KEK :
3/4 cawan mentega
3/4 cawan telur
3/4 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp serbuk penaik
50g serbuk koko
1 tsp coklat emulco

BAHAN-BAHAN PUDING :
5 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air
1 tsp esen vanilla

BAHAN KARAMEL :
1/2 cawan gula
2 Tbsp air


CARA-CARA :
Panaskan gula untuk membuat karamel di atas api perlahan.
Masukkan air dan masak sehingga gula bertukar keperangan.
Tuangkan karamel ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit mentega.
Ketepikan.
Sementara itu sediakan kek.
Ayak tepung bersama dengan serbuk penaik dan serbuk koko.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun pukul mentega bersama gula sehingga berkrim.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga gebu.
Masukkan coklat emulco dan juga bahan kering sedikit demi sedikit.
Putar sehingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
Ketepikan.
Sediakan pula puding dengan cara mengisar semua bahan menggunakan blender.
Kacau hingga bercampur rata dan tapis bancuhan puding ke tengah-tengah loyang kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'c selama 10 minit.
Bakar kek menggunakan kaedah BAIN MARIE.
Masukkan loyang yang berisi air panas ke dalam ketuhar kemudian letakkan loyang berisi kek di tengah-tengah loyang tersebut.
Bakar kek selama 45 minit sehingga masak. (kek @ puding tidak melekat pada lidi)

Monday, February 19, 2018

Nasi arab


BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmati (rendam 1 jam air +garam)
1/2 kg daging kambing bertulang
2 keping paha ayam
1 labu bawang besar (belah 4)
2 inci halia (ketuk)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1/2 Tbsp rempah kabsa @ mandy
1 Tbsp stok ayam
2 Tbsp minyak sapi
5 1/2 cawan air
garam bukit secukup rasa
sedikit pewarna oren

CARA-CARA :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk tekanan NOXXA menggunakan mod STIR FRY.
Tumis rempah tumis bersama bawang dan halia sehingga wangi.
Masukkan daging kambing, ayam, rempah nasi arab, stok ayam dan juga air.
Tutup periuk NOXXA dan tukar fungsi ke HIGH PRESSURE.
Set masa selama 20 minit.
Setelah kedengaran bunyi BEEP, buka periuk dan keluarkan ayam. Tutup kembali periuk dan HP lagi untuk 20 minit. Setelah bunyi BEEP, buka periuk dan masukkan beras yang telah dicuci dan ditos.
Tambahkan garam secukup rasa, gaul rata-rata dan tutup kembali periuk.
Set kan masa 12 minit menggunakan fungsi HIGH PRESSURE.
Setelah kedengaran bunyi BEEP biarkan nasi seketika dan barulah ditukar ke mod KEEP WARM.
Sementara itu lumurkan ayam dengan sedikit pewarna oren.
Panggang ayam seketika dan sedia dihidangkan bersama nasi.
Sedia dihidangkan bersama acar dan sambal tomato.