Friday, December 4, 2015

Sup fucuk dan suun

 BAHAN-BAHAN :
1 paket fucuk dan suun
sedikit kobis
1 biji kentang (hiris sederhana)
2 keping kek ikan (hiris nipis)
1/2 tbsp stok ayam
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
daun sup, daun bawang
1 tangkai cili merah (hiris)
2 gelas air
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk. 
Tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan air dan kentang.
Masak hingga kentang empuk.
Tambahkan bahan-bahan lain kecuali suun dan renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan suun, kacau sebentar.
Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.
Enak dihirup panas-panas.