Thursday, May 26, 2016

Ayam buku besar





 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong 2)
1/2 kotak santan KARA
2 tbsp serbuk kari daging
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
garam dan gula melaka secukup rasa
1 asam gelugur
1 c air @ secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

DIKISAR ;
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk. 
Tumis rempah tumis sehingga harum.
 
 masukkan bahan kisar
 masak sehingga garing
 masukkan pula rempah kari
 gaul rata dan masak hingga terbit minyak
 kemudian tambahkan santan dan air
 masak hingga mendidih. Masukkan juga asam keping
 kemudian, masukkan ayam  
 gaul rata dan perisakan secukupnya
 masak sehingga ayam empuk
 dan kuah pekat
 enak di makan bersama nasi @ dicicah bersama pulut.

Aiskrim buah naga


BAHAN-BAHAN :
1/2 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
2 kotak kecil whip cream
secubit garam
3 biji buah naga merah (kisar)

CARA-CARA :
Renihkan semua bahan di atas api kecil sehingga suam.
Kisar menggunakan blender sehingga gebu. 
Masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Setelah beku, keluarkan dan kisar lagi.
Bekukan sekali lagi. Jika ingin aiskrim yang lebih halus ..boleh ulangi langkah di atas.
Sedia dihidangkan.