Monday, January 8, 2018

Masak lemak ikan keli

 BAHAN-BAHAN :
4 ekor ikan keli (cuci bersama air+cuka)
3 batang serai (ketuk)
4 helai daun cekur (hiris)
8 biji belimbing buluh (belah 2)
2 pokok kangkung (hiris)
1/3 jag blender air
garam laut@ bukit

DIKISAR :
1 labu bawang besar sederhana
1 inci halia
2 inci kunyit
1 inci isi cekur
7 tangkai cili api
1 kotak santan KARA

CARA-CARA :
 Masukkan bahan kisar, serai dan juga air ke dalam periuk.
Didihkan menggunakan api sederhana.
Kemudian masukkan ikan yang telah dicuci bersih.
Masak sehingga ikan lembut.
Tambahkan belimbing buluh, daun cekur dan juga kangkung.
Setelah kangkung agak layu, perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin, sambal belacan dan ulam timun.

***TIDAK SALAH BAGI PESAKIT KANSER UNTUK MENIKMATI IKAN KELI ASALKAN IKAN KELI ITU DATANGNYA DARI PERSEKITARAN YANG BERSIH & BUKANNYA IKAN YANG HIDUP DI KOLAM YANG KOTOR. SEELOKNYA BELILAH IKAN KELI YANG DITERNAK & DIBERI MAKAN DEDAK***