Thursday, January 11, 2018

Pais tempoyak ikan patin

 BAHAN-BAHAN :
4 keping isi ikan patin (cuci bersama air+cuka, tos)
2 Tbsp tempoyak
sedikit air
1 tsp serbuk kunyit Baba's
sedikit garam bukit
7 tangkai cili api (hiris)
secekak ulam raja (hiris)
2 helai daun kunyit muda (hiris)
1 biji tomato masak (hiris bulat)
daun kunyit @ daun pisang (untuk membungkus)
aluminium foil 

CARA-CARA :
Lumur ikan patin bersama kunyit, garam, tempoyak dan sedikit air sehingga sebati.
Bentangkan aluminium foil, lapik daun kunyit di atasnya.
Ratakan sedikit bahan hiris, letakkan seketul ikan dan tambahkan sedikit lagi bahan hiris di atasnya.
Susun 2 hiris tomato kemudian balut ikan kemas-kemas dengan foil.
Bakar @ kukus ikan sehingga masak.